RAMAI TERTANYA-TANYA MENGAPA ROBERT KUOK BERI TABIK HORMAT KEPADA TUN M. INI REAKSI SPONTAN TUN M PADA ROBERT KUOK BUATKAN SEMUA KETAWA BESAR.

Kedua-duanya menjangkau umur 90 tahun, namun itu bukan alasan untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli perniagaan Tan Sri Robert Kuok tidak bekerjasama menyelamatkan tanah air tercinta.

Ahli perniagaan yang berpusat di Hong Kong itu awal hari ini meluangkan masa melawat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

“Saya tabik hormat anda kerana menyelamatkan negara,” kata Kuok melalui klip video.

“Sudah tentu, dengan bantuan Daim,” tambahnya, merujuk bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dr mahathir kemudian menjawab: “Kini saya perlukan pertolongan anda pula.”

Kuok dalam klip video kunjungan berkenaan dilihat membuat isyarat tabik hormat kepada Dr Mahathir yang kelihatan tersenyum.

Kuok tiba di Kuala Lumpur semalam bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan.

Ahli perniagaan itu, bersama Daim dan tiga yang lain dilantik sebagai penasihat kepada kerajaan pada 12 Mei lalu.

Tiga anggota Majlis Penasihat Kerajaan adalah bekas gabernor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican dan pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.

Majlis Penasihat Kerajaan setakat ini sudah mengumumkan penubuhan dua jawatankuasa masing-masing berhubung pembaharuan institusi dan 1MDB.

SUMBER; INDAHNYA ISLAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *