PERDANA MENTERI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD MENGUMUMKAN BEBERAPA AGENSI DAN BADAN KERAJAAN AKAN DIBUBARKAN BAGI MENGURANGKAN PERBELANJAAN KEWANGAN NEGARA.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan badan kerajaan akan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kewangan negara, lapor Sinar Harian.

Dr Mahathir berkata, beberapa agensi itu termasuk Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

MPN pada awalnya ditubuhkan sebagai badan untuk memperoleh maklumat daripada mereka berpengetahuan tinggi, namun akhirnya berunsur politik dan dipergunakan kerajaan terdahulu,” katanya.

Begitu juga dengan khidmat JKKKP di seluruh negara akan diberhentikan kerana lebih banyak berunsur politik berbanding menjalankan tugas pentadbiran.

“Kita sudah ada pegawai kerajaan yang boleh jalankan tugas. Kita tidak akan beri ganjaran kepada JKKKP kerana kita tidak mahu amalkan politik seperti kerajaan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata gaji dibayar kepada JKKKP seolah-olah menjadi kerajaan tambahan dalam pentadbiran.

Terdahulu Dr Mahathir mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama di pejabat rasmi beliau di Jabatan Perdana Menteri yang turut dihadiri kesemua menteri kabinet Pakatan Harapan (Harapan) yang baharu dilantik.

sumber: the reporter

Zaman Mahathir Lesap RM31.5 Billion, Zaman Najib 42 Billion- Netizen Mula Sangsi Dengan Tun M.

Dua hari lalui TMI ada menyiarkan kenyataan Tun Mahathir (baca Ketua Penyamum) dalam Program Hard Talk sempena Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pakatan Harapan Kelantan di Bangi, bahawa negara Malaysia kerugian kira-kira $39.6 billion akibat daripada usaha untuk membeli dollar US bagi meningkatkan nilai ringgit Malaysia pada tahun 2013 sehingga 2015.

TMI menyiarakan;

DR Mahathir Mohamad said Malaysia has lost far more money from the ringgit’s fall in value than the forex losses suffered by Bank Negara Malaysia (BNM) almost 30 years ago.

The country’s longest-serving prime minister and now opposition leader said BNM’s reserves dipped US$39.6 billion from 2013 to 2015 under the stewardship of Prime Minister Najib Razak.

Pendedahan ini adalah ekoran daripada pendedahan Najib Razak (baca Ketua Perompak) melalui pendedahan laporan RCI skandal Forex. Pada sidang pertamanya 21 Ogos lalu, bekas kakitangan bank pusat itu Abdul Aziz Abdul Manaf memberitahu panel yang BNM kerugian RM31.516 bilion dari 1991 hingga 1994.

Itu baru 2 perkara yang besar, belum masuk lagi perkara-perkara yang kecil melibatkan penyelewenggan wang negara oleh mereka yang pernah bersama UMNO yang kini telah menjadi SUCI apabila berada di dalam HARAPAN.

Rakyat tiada pilihan dalam PRU-14 nanti melainkan mesti mengambil alternatif ISLAM sebagai penyelesaiannya. Kerana itu janji ALlah bila Islam memerintah sudah pasti rakyat selamat.

PAS mengambil pendirian tidak bersama HARAPAN demi menyelamatkan ISLAM.

Jangan anda mudah tertipu kerana perbalahan mereka adalah perbalahan antara Ketua Penyamum dengan Ketua Perompak…

KREDIT; SINARVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *