HASIL SIASATAN DI KEDIAMAN DAN PEJABAT ABDUL AZEEZ, DIJUMPAI WANG TUNAI LEBIH 500 K. APABILA DITANYA DARI MANA DAPAT DUIT SEBEGITU BANYAK, INI JAWAPAN ABDUL AZEEZ BUAT SEMUA YANG BERADA DI SITU TERCENGANG.

Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya semalam adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu yang mengesahkan ‘kunjungan’ SPRM ke kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta ke pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berkata wang yang ditemui itu juga sebahagiannya adalah peruntukan bagi perbelanjaan UMNO Bahagian Baling.

“Wang berkenaan adalah untuk perbelanjaan ke Gaza, Palestin yang dirancang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

“Wang yang dirampas di Baling pula adalah milik UMNO Bahagian Baling dan ia sepatutnya diberikan kepada rakyat sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,” kata Abdul Azeez ketika dihubungi Bernama.

Menurut Abdul Azeez, selain wang tunai, SPRM turut merampas jam serta pelbagai mata wang asing.

“Anggota SPRM bekerja secara profesional dan saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM yang menjalankan siasatan,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai pemeriksaan berkenaan dan rampasan keseluruhan RM500,000 diperoleh dari tiga lokasi yang diperiksa.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud turut mengesahkan pemeriksaan telah dibuat di kediaman Abdul Azeez di Taman Bemban, Kupang dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di Batu 42, Pulai malam tadi.

Bagaimanapun katanya, maklumat lanjut mengenai kes yang disiasat perlu dirujuk kepada SPRM Putrajaya kerana dikendalikan oleh ibu pejabat dan SPRM negeri sekadar membantu.

– Bernama

Terdahulu..

Itu semua duit Umno Baling, kata Abdul Azeez

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mendakwa semua wang tunai yang dirampas SPRM di kediaman dan pejabatnya adalah wang yang dikeluarkan daripada Umno Bahagian Baling.

Jelas pemimpin Umno itu, beliau baru mengeluarkan wang berjumlah RM600,000 daripada akaun tersebut untuk tujuan pembayaran zakat dan mengadakan pelbagai program sempena Ramadan.

“Itu semua duit Umno bahagian Baling, ada rekod saya ambil wang tersebut dari bank.

“Saya tidak menyorokkan apa-apa dan bersedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk melakukan siasatan,” katanya yang dipetik portal Utusan Online.

Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Syukor Mahmud mengesahkan sedang menyiasat Abdul Azeez dalam kes rasuah dan salah guna kuasa.

Serbuan yang dilakukan SPRM di dua kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta pejabatnya di Baling, semalam.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji ketika dihubungi Malaysiakini, pagi tadi mengesahkan bahawa pejabat parlimen dan rumahnya di Baling, Kedah diserbu pegawai SPRM.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau perlu menyemak semula jumlah wang tunai dan barangan kemas yang dilaporkan dirampas kerana dia tidak berada di rumah ketika kejadian.

Sumber; malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *