SELAMBA JE YANG DI-PERTUAN AGONG SAHUR BERSAMA RAKYAT DI ATAS TANGGA MASJID HINGGAKAN IMAM SEBELAH KEHAIRANAN.

DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memang terkenal dengan kezuhudan dan aku rasa itulah cara beliau membuang sikap sombong dan takbur sebagai pemimpin, semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.

Baginda telah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada tahun Disember 12, 2016 menggantikan DYMM Sultan Abdul Halim.

Sebelum menduduki takhta tertinggi DYMM Yang di-Pertuan Agong, baginda memang dikenali rakyat marhaen sebagai seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

Tuanku Sultan Muhammad Faris Petra, 47 merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai kita, telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju “gumbang”, berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Kelantan memang terkenal dengan kezuhudan dan aku rasa itulah cara beliau membuang sikap sombong dan takbur sebagai pemimpin, semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.

Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah Masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga Imam disebelah asyik melihat kehairanan.

Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu itu?”

Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga.” Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam.

Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: “Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

SUMBER; LANGIT BIRU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *